Friday, January 13, 2012

Soy & Cocoa Bovine Collagen

2 desain awal produk terbaru saya di bawah jenama Alammaya Beauty. Ada banyak lagi perlu diperbaiki kerna orang Malaysia tak boleh terima desain2 seminimalis ini.

Produk ini dibikin dek kerna saya mahu pegang market Bovine Collagen di Malaysia.

Moga berjaya.

Thursday, January 5, 2012

Halal Bovine Collagen

Ini adalah projek milik sahabat saya Fdaus Ahmad.

Projek ini sedang diusahakan dan saya harap ianya berjaya seperti mana berjayanya dia dalam industri takaful.

Thursday, December 15, 2011

Go Global By IKS Guru

Semua benda aku pegang akan jadi emas.

Wednesday, November 16, 2011

Teh Peria Plus

Sudah 6 tahun aku dok jual Teh Peria Alammaya. Ada juga dalam masa itu aku cuba buat produk lain, Bote~nical Drink dan Red Tea misalnya, semua tak berjalan seperti yang aku kehendaki.

Mungkin luck aku takde pada produk lain.

Kini, alhamdulillah, bisnes Teh Peria aku berjalan lancar, order masuk berlambak sampai aku tak cukup masa dan tangan nak handle. Stok bahan mentah pun aku susah nak dapat sekarang, jadi aku ambil satu solusi untuk buat satu produk baru yang mana kandungan terdiri daripada ekstrak bukan lagi raw macam aku guna sekarang. Kalau guna ekstrak kerja aku lebih mudah, tak perlu tanam lagi dah, order dan bancuh sahaja.

Oleh itu, malam semalam aku dan designer aku bertungkus lumus siapkan design kotak baru ini yang melalui pengalaman aku, amat sesuai dengan tekak orang melayu. Oh ya, produk baru aku ini namanya Teh Peria Plus. Akan mula berada di pasaran bermula minggu depan.

Thursday, November 3, 2011

Jelita Menawan

Projek produk Jelita Menawan ini aku buat tanpa perancangan rapi. Aku buat setelah aku lihat produk-produk kolagen kini dijual dengan harga murah, jadi ini mungkin peluang untu aku mencuri sedikit market mereka.

Produk ini aku siapkan dalam masa satu malam dengan bantuan Encik Muzammir, desainer aku yang banyak membantu aku sepanjang bulan Oktober.

Aku kini berkira-kira untuk menghasilkan 2 produk baru sebulan, dan untuk bulan November, Jelita Menawan inilah produk yang pertama.

Wednesday, October 5, 2011

Manna Plus Versi Realiti


Cilakak, rupanya dah setahun dah aku nak buat Manna Fibre ni, ngam2 bulan Oktober baru dia jadi kenyataan. Kamu semua boleh lihat post pasal produk Manna Fibre ni, dekat SINI.

Gila babi punya lama dan banyak halangan. Mula dari kekangan modal sampailah ke soal packaging yang aku rasa dekat 3 bulan aku nak settlekan. Macam-macam hal.

Syukur pada tuhan, ada satu member aku bagi modal dan menjadikan Manna Fibre ini satu realiti. Boleh lihat blog untuk Manna Fibre ni dekat SINI, memang sepatutnya aku kena buat proper website, tapi yang ini je aku tahu buat, daripada aku nak tunggu2 dan bertangguh, entah bila produk ni boleh masuk market. Jadi, ini jelah untuk awalan nya.

Produk ini ada modal besar untuk pengiklanan. Mana2 nak cari duit lebih tu, bolehlah daftar jadi Ejen awal2. Ini tak tipu macam mana tak tipunya aku kata nak buat produk ini.

Ingat ye anak2, kata itu kota, bukan janji tapi pasti.

Friday, June 10, 2011

IKS Guru Versi Realiti

Akhirnya Sharing Season yang aku plan nak buat dari tahun lepas menjadi realiti.

Yang atas ni versi lama, tiba2 ada kawan aku, Nizzura, ajak aku join road tour dia untuk seminar yang dia buat. Seminar 1ok namanya, dan aku dapat satu slot untuk IKS Guru ni.

Jadi, jumpa aku nanti di Sungai Petani, Kuantan, Johor Baharu dan Kuala Lumpur.

Yeah!!